Assalamualaikum readers !
Untuk entry kali ini nak berkongsi pasal kamera. Kalau dah namanya dunia FOTOGRAFI rasanya tak logik kalau tak tahu apa-apa pasal kamera uuntuk ambil gambar kan , paling kurang pun tahu kamera telifon. hehe.
Jenis-jenis kamera :
1. DSLR/SLR
merupakan kamera pantulan lensa tunggal yang mempunyai sebuah cermin yang memantulkan cahaya yang diperolehi daripada lensa
2. Rangefinder
merupakan kamera yang menggunakan kaedah fokus "tindihan" iaitu imej berada dalam fokus apabila 2 bayangan imej dalam "viewfinder" bertindih dengan tepat satu sama lain. cara fokus adalah manual. dan jenama yang masih mengekalkan kamera jenis ini adalah Leica. Jenama M9 merupakan kamera rangefinder yang aling berprestij dan banyak sekali digunakan oleh "street photographer". harga bagi body sahaja sudah mencecah RM25K dan lensa 50mm f0.95 yang dikeluarkan oleh Leica mencecah RM50K untuk sebiji lensa!!
3. Tanpa cermin ( mirrorless), micro 4/3
merupakan kamera yang tidak menggunakan cermin sebagaimana yang digunakan DSLR/SLR. jadi sensor terletak betul-betul dibelakang lensa dan kaedah elektronik shutter digunakan bagi menggantikan kaedah mechanical shutter yang digunakan oleh DSLR. kebanyakan kamera jenis ini mempunyai sensor yang lebih kecil dan antara saiz sensor yang terkenal ialah micro 4/3. Kamera jenis ini juga membolehkan kita menukar lensa sebagaimana yang dilakukan oleh DSLR.
4. Kamera Kompak Digital
Kamera kompak digital ini adalah kamera yang paling ringkas, mudah digunakan serta dilmiliki oleh kebanyakan orang biasa. ia mempunya lensa yang kekal.mempunyai sensor yang kecil dan kualiti gambarnya adalah rendah berbanding dengan kamera jenis DSLR atau Mirrorless yang mempunyai lensa yang lebih besar.
5.Kamera segera
merupakan kamera "auto" yang mempunyai kebolehan "mencetak" gambar yang dirakan serta merta. ia menggunakan kertas khas yang mempunyai bahan kimia yang bertindak balas dengan serta merta menghasilkan imej yang dirakam.
6. Twin lens reflex Camera
mempunyai pantulan 2 lensa yang mana lensa pertama bertindak sebagai "viewfinder" dan lensa yang kedua bertindak sebagai perakam. kamera jenis ini masih menggunakan filem dan ia merupakan kamera yang amat popular bagi penggemar kamera lama dan kamera filem.
7. Kamera LOMO
Kamera lomo pula merupakan kamera filem yang direka untuk memberi kesan khas seperti gambar di atas. kesan2 khas ini memberi impak dramatik pada gambar yang dirakam. kamera ini menggunakan filem dan perlu dicuci dikedai gambar.
okeylah dear semua. harap menambah pengetahuan bersama. kalau ada yang nak dikongsi boleh tinggalkan komen :)~
terima kasih daun keladi.